Ahad, 2 Disember 2012

Pengenalan Amir Revolusi

Assalamualaikum...

Saya Amir Revolusi...
Berusia 21 Tahun...
Sudah Genap 21 Tahun :D Pada 2015
Saya Merupakan Pelajar Di Uitm...
Mungkin Di Dalam Blog Ini Adalah Salah Satu Media Untuk Saya Mengenalkan Diri Saya...
Dan Menceritakan Kisah Hidup Saya Sehingga Terciptanya Album Dengan Lagu Hasil Ciptaan Saya Sendiri.

Ia Bermula Sejak Saya Di Sekolah...
Saya Memang Minat Dengan Muzik Dan Mencipta Lagu...
Saya Gemar Meletakkan Kisah Hidup Di Dalam Lirik Lagu...
Kata Harith Iskandar Lagu Perlu Ada "Soul"
Saya Berasal Dari Keluarga Yang Susah...
Dan Saya Merupakan Anak Sulung Dalam Keluarga Saya...
Bila Berasal Dari Keluarga Susah Tahu-Tahu Jelah Ibu Dan Ayah Tak Berapa Suka Dengan Minat Saya Terhadap Dunia Muzik...
Namun...
Dengan Izin Allah S.W.T 
Dengan Tabah Hati Berdoa Dan Memujuk Agar Kedua Ibu Bapa Saya Merestui Dan Memberi Izin Kepada Saya Untuk Bermain Muzik...

Akhirnya...
Abah Setuju :')
Pada Usia 14 Tahun Saya Mendapat Keyboard Hadiah Dari Abah Kerana Mendapat Result Yang Baik Dalam Peperiksaan.
Saya Mula Bermain Keyboard Dengan "By Heart" (Main Tapi Tak Reti Tengok Note Muzik)
Saya Mula Bermain Keyboard Sehinggalah Suatu Hari Menjadi Rezeki Saya Di Jemput Ke Sekolah Menengah Yang Saya Pelajari Di Situ Untuk Membuat Persembahan.
Saya Pun Goreng Lah Lagu Macam Kenny G. HAHA XD
Semua Orang Pun Layan.
Walaupun Diorang Tak Tau Yang Saya Nih Tak Pandai Main Keyboard.
Saya Tekan Je Semua Key Mengikut Gerak Hati.
Bila Bermula Dari Situ Saya Menjadi Bersemangat Dalam Muzik Selalu Berangan Nak Jadi Penyanyi.

Pada Tahun Ke Berapa Entah.
Keyboard Saya Sudah Pun Rosak.
Saya Hidup Dalam Kesepian Tanpa Irama Muzik.
Bila Menjelang Raya Saya Pun Segera Jadi Budak-Budak Nak Kumpul Duit Raya XD
Kalut Nak Beli Keyboard Baru.
Duit Raya Paling Banyak Saya Dapat Rm 50 Time Itu...
Saya Tak Pernah Sekali Pun Dapat Duit Sebanyak Itu...
Bila Saya Pergi Belek Keyboard Di Carefour Ada Yang Keyboard Budak-Budak...
Harganya Lebih Kurang Rm 52 Saya Pun Korbankan Duit Itu Membeli Minat Saya...

Tapi...
Keyboard Tu Tahan 2 Tahun Je (-_-)
Sekarang Dah Lupus...
Sayang Betul (T_T)
Tak Apalah Bermula Dari Situ Saya Mula Meminati Gitar Pula...

Saya Tak Pandai Main Semua Tali...
Selalu Pinjam Gitar Orang Semata-Mata Nak Main Satu Tali (-_-)
Abah Perli Yang Saya Nih Main "Tabla"
Selalu Main Satu Tali Bunyi Macam Orang Yang Main Gitar Solo...
Yang Macam Slash Goreng Tuh...
Saya Masih Main "By Heart" Tanpa Belajar Apa-Apa Chord...

Selepas Tamat SPM
Saya Teringin Nak Gitar...
Walaupun Family Saya Susah...
Tapi Abah :( Tak Pernah Kecewakan Anak-Anaknya...
Abah Simpan Duit Dan Hadiahkan Sebuah Gitar...
Tapi Sebelum Beli Abah Letak Syarat...
"Izzat Kalau Boleh Main Gitar Dan Boleh Main Kord Baru Abah Beli Kalau Tak Main Kosong Macam "Tabla" Je Buat Apa" (Nampak Tak Ayat Perli Tabla Masih Di Situ (-_-))
Jadi Saya Pun Berjanji Dengan Abah...
Abah Beli Gitar Pertama Saya Berwarna Hitam...
Gitar Tong...
Hanya Kuasa Allah Taala...
Dalam Masa Satu Hari Saya Belajar Kord Gitar Sendiri...
Saya Belajar Kord Lagu Sheila On 7-Buat Aku Tersenyum...
Masa Itu Abah Keluar Dengan Mak...
Bila Balik Abah Sebenarnya Kagum Yang Saya Dah Boleh Main 
Sambil Nyanyi(Tak Sedap Pun Suara) Dalam Masa Satu Hari...
Cuma Abah Tak Nak Tunjuk...
Pada Usia 18 Tahun Itu Juga Saya Mula Mencipta Lagu Dilema Percintaan (Revolusi Cinta)
Dahulunya Revolusi Cinta Tajuknya Lain...
Tapi Abah Yang Memberi Cadangan Meletakkan Nama Revolusi Cinta Sebagai Makna...
Penghijrahan Ke Arah Kebaikan Tak Kira Di Dalam Hidup Ataupun Cinta...

Semasa Saya Habis SPM...
Abah Selalu Pesan Jangan Bercinta...
Ia Akan Datang Bila Sampai Waktunya...
Bermula Dari Ucapan Abah...
Semuanya Masuk Dalam Lirik Lagu Revolusi Cinta...
Cuma Beberapa Part Sahaja Dalam Lirik Yang Mengupas Tentang Kelukaan Diri Saya...
Sebab Silap Terjatuh Cinta Juga...
Macam Manusia Biasa Yang Di Kurniakan Hati...
Bagi Saya Cinta Itu Juga Memberi Pengalaman...
Membawa Penghijrahan Besar Selepas Sebuah Kelukaan...

Jadi Setakat Itulah Ye Cerita XD
Saya Dah Patah Jari Menaip...
Nanti Kita Sambung Lagi Dengan Kisah Saya Nihh...

Jadi Kita Layan Dulu Lagu Ciptaan Saya Yang Berjudul Revolusi Cinta :D







Klik Perkataan Revolusi Cinta Di Bawah Ini Untuk Mendengarkan Lagu :D
Revolusi Cinta